Thursday, August 03, 2006

jalan ini jalan kita...

sahabat..jgn bosan dgn perjalanan dakwah ini, jalan yg telah biasa kitatempuhi selama ini. jalan ini jalan yg telah mdekatkan kita antarasatu sama lain, jalan ini telah memberitahu kita siapa sebenarnyakawan dan siapa sebenarnya yg perlu dijadikan pengajaran. sebuahperjalanan dakwah tidak akan sunyi dari pancaroba dan pahit getirujian. jangan engkau berundur dari denai yg menguji jiwa ini, maklumsajalah ia tidak menjanjikan apa-apa pangkat dan kehormatan untukengkau berbangga, tidak pula memberikan sedikitpun gaji untuk engkauterima, dan tidak pula menjamin bahawa perjalanan ini mudah danmenyebabkan hati engkau akan menjadi tenang selalu.sahabat..jalan ini adalah jalan kita, bukankah engkau dahulu menyatakandengan perasaan dan hati berkobar-kobar ingin meninggikan Islam dimata manusia? bukankah engkau dahulu pernah berikrar bersama-samauntuk sanggup mati sebagai syuhada' di jalan mulia ini? kerana tidaksemua manusia dapat dinilai dari kualiti dirinya sekiranya tidakmengalami ujian dimedan dakwah ini, benarkah kita ini hanya pandaiberkata-kata mulut manis santun bicara, tetapi setiba sahajapanggilan jihad ini maka engkau mengundurkan diri dengan memberikanseribu satu alasan yg anak kecil pun boleh mereka-reka ceritadengannya.sahabat..cuba engkau perhatikan dalam-dalam kata-kataku ini, cuba buka lautfikirmu, benarkah bagai dikata bahawa engkau mengaku dirimubersaudara dengan setiap Muslim dan Mukmin? sedangkan dirimu masihmencintai diri sendiri melebihi saudara-saudara kita? engkau sangguptidur lena ditilam empuk sedangkan ada saudara-saudara kita menjerithati batinnya utk belajar tentang islam tetapi tiada orang yg inginmenyambut tangan-tangan yg memerlukan ini. di sana ada musuh ygtidak tega melihat Islam tertegak, di sana ada orang yg berpura-puraseperti api dalam sekam ingin melihat Islam itu hancur, dan merekaketawa apabila orang Islam telah menanggalkan pakaian Islam di hatidan zahiriyah mereka. dan ketika itu didalam hatimu telah terjadipeperangan antara islam dan nafsumu yang menggelodak, sekiranya hawanafsu menabiri mata maka didalam perjalanan dakwah ini engkau telahtertewas untuk kesekian kalinya ada sahaja jiwa lain yg seaqidah dgnkita turut sama terkorban kerana orang yg ditunggu utkmenyelamatkan mereka telah melarikan diri dari medan dakwah hanyakerana nafsu itu lebih bererti dari imannya.bagaimana diri ini sahabat..kita tidak lebih dari hamba allah yang berjalan utk singgah sebentarmelepaskan lelah, dan dalam kelelahan itu ada sahaja tawaran yangmenarik mata hati untuk tinggal lebih lama di situ padahal kita tahuperjalanan perlu diteruskan, dan tempat persinggahan itu tidak lamalagi akan hancur lebur. tidak perlulah aku mengulangi lagi akankisah kesedihan, kesakitan, keperitan dan kepenatan di jalan ini.kerana hanya mereka yg faham sahaja akan tersenyum riang dan tabahserta berazam untuk terus berada di jalan ini.biarlah usaha kita dipandang kecil, orang memandang rendah, tetapituhan melihat kita dengan pandangan rahmat, jiwa-jiwa kita dipayungidengan iman dan islam. ditakdirkan kita mati sebelum dapat mencapaicita-cita murni, mudah-mudahan kita tidak keseorangan kerana dirikita telah menyatu di dalam menolong agamaNYA ini. sesungguhnyatiada yang lebih tinggi dari Islam kerana Islam iu adalah yangtertinggi. Semoga Allah bersama-sama dengan kita..aminn..

0 Comments:

Post a Comment

<< Home