padaMU ada kedamaian...diribaanMU kebahagiaan

Tuesday, October 16, 2007

Wednesday, March 21, 2007

my good old days

Training of Trainers 2006, Taman Tasik Titiwangsa
COMRADE 2005/2006
Community Research for Aboriginal Development

maha suci Allah...kau pautkan hati kami di jalan dakwah yang sama. kau dekatkan kami di laluan yang sangat sedikit pengikutnya. jalan yang Kau redhai. indahnya ukhuwah ini setelah Kau pancarkan nikmatnya kepada Kami. moga ikatan ini kekal hingga ke sana nanti.

Monday, March 19, 2007

cInTa AgUnG iNi

Induction Course COMRADE - kg Jeli, Kelantan 2006
cinta agung ini,

kami tujukan kepada tuhan kami

biar kami simpul bait-bait suci menjadi rangkaikata

yang menusuk jiwa mati

ingin kami siramkan lembah gurun itu

dengan hujan rahmat dariMU

agar kegersangannya menjadi subur kembali dengan pendinding diri.



cinta agung ini,

akan menjadi ingatan tulus dari hamba yang hina

melentur kembali dosa yang bengkok

dengan redha Tuhan



janji ini,

akan kami genggam erat buat hari kemudian nanti

akan kami belai diwaktu-waktunya agar kenangan manis bersemadi dikalbu



cinta ini,

akan kami sisipkan didaun-daun sanubari

agar ranting dakwah berakar tunjang sentiasa

untuk memenangi cintaMu yang satu.



AnAk_PeJuAnG

Friday, February 23, 2007

padaMU ada kedamaian

Thursday, August 03, 2006

dosa-dosaku...

Kalaulah dosa-dosaku itu lautan
Aku telah tenggelam di dalamnya
Aku telah lemas diumbang-ambingkan oleh ombaknya
aku dilambung, digulung, dihempas, dipulas
rasanya macam tidakmungkin akan selamat lagi,
akan berkubur rasanya di dalam lautan yang luas itu,


Tapi ada orang selamat boleh kembali ke darat,
dengan berbagai sebab
Ada yang bersungguh-sungguh berenang ke tepi
ada yang berpaut dengan objek-objek yang ada di laut
Tidak kurang ikan lumba-lumba sebagai penyelamat,
kapal atau bot yang berulang alik mengutipnya,
Ada kalanya ombak yang menolaknya, ke tepian pantai
Ini memberi erti aku tidak boleh berputus asa dengan dosaku yangbanyak ini,
Allah telah menunjukkan berbagai-bagai jalan untukmenghindarinya,
mengakui dosa,
menyesalinya,
mencerca diri,
segera bertaubat,
jangan berputus asa,


bermujahadahlah selalu,
Iringilah seberapa banyak kebaikan
Carilah mursyid yang boleh memandu,
Pelajarilah ilmu yang boleh memberi manfaat,
Bergaullah dengan orang yang baik,
Berdoalah selalu kepada Allah Tuhan yang Hannan Wal mannan
Pintu hidayah dan taufiknya terbuka setiap waktu...

siti khadijah

Siti Khadijah srikandi sejati
Kaulah lambang cinta sejati
Srikandi pertama tika islam bermula
Hatimu menyalakan keyakinan
Hartamu membuktikan pengorbanan
Rasul keseorangan engkaulah teman
Dia tersisih engkau memilihnya
Dia terbuang engkau menyayanginya
Kerana iman kau sanggup berjuang
...Siti Khadijah namamu indah
Qudwah hasanah tauladan ummah
Jikalau rasul terpinggir
Engkaulah insan terhampir

Siti Khadijah mujahidah solehah
Agung jasamu dipersada sejarah
Pemergianmu ditangisi nabi
Hingga kini tiada pengganti
Sunyi jalan menuju Allah
Menggamit hati mencari teman
Indah jalan menuju allah
Jika teman seperti Khadijah

Masih ada lagi...

jalan ini jalan kita...

sahabat..jgn bosan dgn perjalanan dakwah ini, jalan yg telah biasa kitatempuhi selama ini. jalan ini jalan yg telah mdekatkan kita antarasatu sama lain, jalan ini telah memberitahu kita siapa sebenarnyakawan dan siapa sebenarnya yg perlu dijadikan pengajaran. sebuahperjalanan dakwah tidak akan sunyi dari pancaroba dan pahit getirujian. jangan engkau berundur dari denai yg menguji jiwa ini, maklumsajalah ia tidak menjanjikan apa-apa pangkat dan kehormatan untukengkau berbangga, tidak pula memberikan sedikitpun gaji untuk engkauterima, dan tidak pula menjamin bahawa perjalanan ini mudah danmenyebabkan hati engkau akan menjadi tenang selalu.sahabat..jalan ini adalah jalan kita, bukankah engkau dahulu menyatakandengan perasaan dan hati berkobar-kobar ingin meninggikan Islam dimata manusia? bukankah engkau dahulu pernah berikrar bersama-samauntuk sanggup mati sebagai syuhada' di jalan mulia ini? kerana tidaksemua manusia dapat dinilai dari kualiti dirinya sekiranya tidakmengalami ujian dimedan dakwah ini, benarkah kita ini hanya pandaiberkata-kata mulut manis santun bicara, tetapi setiba sahajapanggilan jihad ini maka engkau mengundurkan diri dengan memberikanseribu satu alasan yg anak kecil pun boleh mereka-reka ceritadengannya.sahabat..cuba engkau perhatikan dalam-dalam kata-kataku ini, cuba buka lautfikirmu, benarkah bagai dikata bahawa engkau mengaku dirimubersaudara dengan setiap Muslim dan Mukmin? sedangkan dirimu masihmencintai diri sendiri melebihi saudara-saudara kita? engkau sangguptidur lena ditilam empuk sedangkan ada saudara-saudara kita menjerithati batinnya utk belajar tentang islam tetapi tiada orang yg inginmenyambut tangan-tangan yg memerlukan ini. di sana ada musuh ygtidak tega melihat Islam tertegak, di sana ada orang yg berpura-puraseperti api dalam sekam ingin melihat Islam itu hancur, dan merekaketawa apabila orang Islam telah menanggalkan pakaian Islam di hatidan zahiriyah mereka. dan ketika itu didalam hatimu telah terjadipeperangan antara islam dan nafsumu yang menggelodak, sekiranya hawanafsu menabiri mata maka didalam perjalanan dakwah ini engkau telahtertewas untuk kesekian kalinya ada sahaja jiwa lain yg seaqidah dgnkita turut sama terkorban kerana orang yg ditunggu utkmenyelamatkan mereka telah melarikan diri dari medan dakwah hanyakerana nafsu itu lebih bererti dari imannya.bagaimana diri ini sahabat..kita tidak lebih dari hamba allah yang berjalan utk singgah sebentarmelepaskan lelah, dan dalam kelelahan itu ada sahaja tawaran yangmenarik mata hati untuk tinggal lebih lama di situ padahal kita tahuperjalanan perlu diteruskan, dan tempat persinggahan itu tidak lamalagi akan hancur lebur. tidak perlulah aku mengulangi lagi akankisah kesedihan, kesakitan, keperitan dan kepenatan di jalan ini.kerana hanya mereka yg faham sahaja akan tersenyum riang dan tabahserta berazam untuk terus berada di jalan ini.biarlah usaha kita dipandang kecil, orang memandang rendah, tetapituhan melihat kita dengan pandangan rahmat, jiwa-jiwa kita dipayungidengan iman dan islam. ditakdirkan kita mati sebelum dapat mencapaicita-cita murni, mudah-mudahan kita tidak keseorangan kerana dirikita telah menyatu di dalam menolong agamaNYA ini. sesungguhnyatiada yang lebih tinggi dari Islam kerana Islam iu adalah yangtertinggi. Semoga Allah bersama-sama dengan kita..aminn..

jadilah dirimu...

Jika tak dapat jadi meranti di puncak bukit,
Jadilah aur dilembah,
tapi jadilah aur yang teranggun disisi bukit.
Jika tak boleh jadi rimbun, jadilah rumput,
Dan hiasilah jalan dimana-mana,

Jika tak dapat jadi haruan, jadilah sepat,
Tapi jadilah sepat yang terlincah didalam paya,
Bukan semua boleh jadi nakhoda,
Lainnya harus mengikut saja,
Pasti ada sesuatu untuk semua,
Kerana ada tugas yang berat,
ada tugas yang ringan,
Antaranya dibuat yang mana lebih berdekatan.

Jika tak boleh jadi bulan,
JADILAH BINTANG,
Jika tak boleh jadi jagung,
JADILAH KELEDEK,
Bukannya mengikut besar kalah ataupun menang,
JADILAH DIRIMU SENDIRI YANG TERBAIK...

opening remarks...

alhamdulillah...
akhirnya, wujud juga my blogspot. sebelum ni hanya sekadar membaca dan memberi comment blog sahabat2 lain.
blog ini di wujudkan dgn 1001 harapan...
agar sebahagian masalah yg terpikul dibahu dpt diluahkan
dapat mengabadikan segala kenangan yg selama ini disimpan hanya dlm lipatan memori
juga...sekadar satu perkongsian
untuk diri dan semua...insyaallah